Kajian Shopee: 60% pembeli kekal teguh capai keseronokan dalam e-dagang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kajian Shopee: 60% pembeli kekal teguh capai keseronokan dalam e-dagang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Jan -  Daripada 2,150 pembeli Malaysia yang ditinjau, sebanyak 60% kekal teguh dalam mencapai cita-cita dan keseronokan dalam e-dagang pada 2023, menurut laporan trend pengguna ‘‘Past the Starting Line: Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023’ yang diperkenalkan Shopee Malaysia.

 

Malah, pembeli di bawah kategori seperti Mobile & Accessories (61%), Automotive (60%), Fashion (59%), and Home & Living (59%) menjadi lebih celik teknologi dan menyedari sepenuhnya keperluan mereka yang pelbagai dalam menyokong perniagaan tempatan untuk ekonomi ke hadapan.

 

Selain itu, sejumlah 5% rakyat Malaysia mahu mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri tahun ini, yang mana mereka melihat untuk memperbaiki diri, gaya hidup dan pilihan hidup yang lebih baik (26%), peningkatan kemahiran dan hobi memupuk (23%), dan meningkatkan keyakinan sosial (16%). 

 

39% pembeli pula merancang untuk membeli lebih rumah dan produk kediaman pada tahun 2023, 38% menunjukkan minat terhadap keperluan keluarga seperti barangan rumah, 13% memperoleh pengetahuan melalui buku dan permainan, dan 10% melengkapkan diri dengan senaman dan peralatan perjalanan.

 

Oleh kerana mereka lebih celik digital dan menggunakan lebih banyak masa dalam talian di semua bahagian perjalanan pengguna mereka, 51% pembeli melihat peningkatan kepentingan pemperibadian dan fleksibiliti membeli-belah yang lebih besar untuk tahun baharu. 

 

Dalam pada itu, 32% rakyat Malaysia merentas semua kategori ingin menerokai tawaran bulatan Shopee dan membeli-belah langsung, dan 17% mahu menerima beli-belah yang penuh perhatian dengan menjadi mampan dalam menyokong perniagaan inklusif tempatan.

 

Apabila Shopee bertanya kepada pembeli tentang minat mereka terhadap barangan buatan tempatan daripada penjual Borneo, 5 daripada 10 pembeli menyatakan minat untuk menyokong perniagaan tempatan di Borneo untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 

 

 

shopee

 

 

Sejumlah 35% mempertimbangkan untuk menukar pilihan untuk membeli lebih banyak barangan tempatan, dan selebihnya meneruskan tabiat membeli-belah dalam talian yang dipelajari dan dan merupakan sesuatu kebiasaan. 

 

Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya terus bekerja dengan ‘user-centric approach’ untuk memastikan mereka sentiasa termaklum tentang arah trend dan konteks pembeli untuk mencipta kesan positif melalui ekosistem inklusif.

 

Beliau berkata, ia membantu menyalurkan usaha dan menangani keperluan pengguna secara optimum untuk berkongsi masa depan ekonomi digital. 

 

"Kerana usaha dan berkat mereka, Shopee menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Jenama Terbaik YouGov di Malaysia dan memenangi emas untuk Jenama Malaysia Terkuat Kantar dalam kategori ‘General Retailers’ and ‘Lifestyle App’. 

 

"Kami tidak sabar untuk bersama-sama, meraikan dan memberi kembali kepada komuniti tempatan kami dengan harapan yang lebih besar supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menggembirakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com