KUALA LUMPUR 6 April - Syarikat pakar teknologi kewangan (fintech), JurisTech hari ini mengumumkan kerjasama dengan platform perbankan awan, Mambu untuk memacu pertumbuhan ekosistem perbankan digital di Malaysia.
Kerjasama baharu itu sebagai pemangkin untuk pengembangan industri untuk kedua-dua pasaran tidak mempunyai perbankan dan kurang mendapat perkhidmatan serta rangsangan kepada rangkuman kewangan keseluruhan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif JurisTech, See Wai Hun berkata, kerjasama JurisTech dengan Mambu untuk memberi perkhidmatan kepada ekosistem perbankan digital di Malaysia.
"Mambu terkenal dengan platform perbankan awannya yang boleh digubah dan akan memainkan peranan yang kuat bersama JurisTech dalam memacu inovasi digital baharu untuk merapatkan jurang menyediakan akses kepada kredit untuk komuniti yang kurang mempunyai perbankan," katanya dalam satu kenyataan.
Pengarah Komersial Mambu APAC, William Dale pula berkata, industri perkhidmatan kewangan di Malaysia berada pada tempoh perubahan ketara dengan lesen perbankan digital baharu yang akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bila-bila masa sekarang.
"Perkongsian baharu kami dengan JurisTech akan membolehkan Mambu terus memacu perubahan inovatif dalam ekosistem perbankan digital Malaysia apabila kesan lesen baharu mula difahami.

"Kami sangat kagum dengan teknologi inovatif JurisTech dan tidak sabar untuk melihat kesan yang boleh diperolehi bersama dengan gabungan kuasa penyelesaian peneraju pasaran kami," katanya.
Perkongsian kedua-dua kuasa perisian itu akan menyelaraskan pertukaran untuk mewujudkan perjalanan pengguna yang lancar dalam kitaran hayat aplikasi kredit dan pembiayaan.

Produk Mambu dan JurisTech membolehkan JurisTech menawarkan platform pengurusan kredit holistik daripada onboarding digital, pinjaman asal, kutipan hutang dan kecerdasan buatan kepada sektor perbankan digital.
Melalui perkongsiannya dengan Mambu, JurisTech percaya ia akan mengubah dan merevolusikan ekosistem perbankan digital yang menyediakan penyelesaian berimpak tinggi dan mencipta lebih nilai untuk kedua-dua pengguna dan institusi kewangan. - DagangNews.com








