iQIYI, Grab Malaysia jalin kerjasama lancar rancangan aneka hiburan 5-Star Hunter Bersama GrabFood | DagangNews Skip to main content

iQIYI, Grab Malaysia jalin kerjasama lancar rancangan aneka hiburan 5-Star Hunter Bersama GrabFood

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jun - Peneraju penstriman Asia, iQIYI bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk melancarkan rancangan aneka hiburan baharu '5-Star Hunter Bersama GrabFood' yang mula ditayangkan pada 2 Jun 2023.

 

Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa, Dinesh Ratnam berkata, rancangan itu menandakan kemunculan rancangan aneka hiburan berjenama pertama iQIYI, selaras dengan usaha untuk menempatkan diri dalam landskap pengiklanan kontemporari, yang dikenali sebagai 'advertainment'.

 

Beliau berkata, ia sekali gus merintis domain yang masih belum diterokai untuk membina kesedaran jenama.

 

Katanya, pihaknya teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan GrabFood Malaysia yang merupakan rakan kongsi popular kegemaran ramai untuk menghasilkan rancangan aneka hiburan berjenama tempatan sulung tersebut. 

 

"Dalam bidang hiburan, platform 'over-the-top (OTT)' seperti iQIYI telah muncul sebagai pemangkin penting yang mendorong pertumbuhan industri hiburan tempatan, menawarkan pelbagai jenama laluan baharu untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna mereka. 

 

"Pendekatan inovatif ini membolehkan mereka menjangkaui kaedah pengiklanan tradisional disamping mengetengahkan tawaran mereka dengan cara yang sangat menarik dan dengan pengaruh yang lebih berkesan kepada penonton," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, rancangan itu disiarkan dalam format ulasan makanan dan memasak 'all-in-one', dengan menampilkan cef selebriti Malaysia, Chef Fikree yang akan disertai beberapa blogger makanan dan selebriti tempatan merentasi bandar-bandar di Malaysia untuk mencuba pelbagai hidangan asli dari restoran 5-Bintang GrabFood. 

 

Sementara itu, format rancangan ini akan menampilkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GrabFood, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada penonton. 

 

Ia melangkaui kaedah pengiklanan konvensional, kerana GrabFood mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan lancar ke dalam pengisian kandungan rancangan, seterusnya memberikan pengalaman jenama yang unik dan mengasyikkan.

 

Bermula 3 hingga 18 Jun 2023, iQIYI akan menawarkan baucar GrabFood bernilai RM50 kepada semua penontonnya, dengan hanya mengikuti iQIYI di semua laman media sosial mereka. - DagangNews.com