KUALA LUMPUR 24 Feb - Ibraco Bhd mengumumkan keputusan suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada RM82.45 juta penurunan sebanyak 14.6% daripada RM96 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Walaupun mencatatkan penurunan dalam hasil, keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi suku dalam tinjauan melonjak sebanyak 73.4% kepada RM20.16 juta daripada RM11.63 juta pada suku sama bagi tahun sebelumnya, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat dengan ketara kepada RM14.2 juta, peningkatan 48.7% daripada RM9.43 juta yang dicatatkan pada suku keempat 2021.
Penambahbaikan ketara dalam PAT adalah disebabkan oleh pengembangan margin keuntungan kasar ditambah dengan perbelanjaan jualan dan pemasaran yang lebih rendah bagi suku semasa.
Syarikat mencatatkan RM272.3 juta untuk kumulatif 12 bulan berakhir 31 Disember 2022, penurunan sedikit sebanyak 5%, berbanding RM273.37 juta yang dicatatkan dalam 12 bulan tahun sebelumnya.
Walaupun hasil lebih rendah dicatatkan untuk 12 bulan berakhir 31 Disember 2022, kedua-dua PBT dan PAT mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 33.6% dan 31% masing-masing pada RM43.53 juta dan RM31.09 juta, berbanding RM32.58 juta dan RM23.73 juta dalam 12 bulan tahun sebelumnya.
Dari segi kedudukan kewangan, syarikat kekal kukuh dengan tahap penggearan bersih yang rendah sebanyak 37 kali dan aset bersih sesaham pada 83 sen.
Pengarah Urusan Kumpulan Ibraco, Datuk Chew Chiaw Han berkata, dengan latar belakang yang mencabar berpunca daripada tekanan inflasi dan gangguan rantaian bekalan yang tidak dapat dielakkan telah membawa kepada peningkatan kos bahan mentah dan komoditi, pihaknya gembira kerana prestasi kewangan kekal berdaya tahan.
“Di tengah-tengah unjuran ekonomi yang lebih sederhana untuk tahun akan datang berikutan masalah luaran semasa, kami yakin dapat mengekalkan prestasi kewangan semasa kami kerana syarikat mempunyai RM170.8 juta jualan belum dibilkan dan buku pesanan tertunggak RM255.4 juta pada untuk 12 bulan berakhir 31 Disember 2022.
“Ini akan terus disokong oleh pelancaran projek hartanah kami yang akan datang terutamanya terdiri daripada hartanah kediaman dan komersial khususnya perbandaran bersepadu sepenuhnya kami, NorthBank dan sempadan baharu yang akan datang di Samarahan yang akan menjadi pendorong pertumbuhan syarikat untuk bergerak ke hadapan.
“Baru-baru ini kami telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan pembekal konkrit asfalt dan konkrit siap campur Kamunting Premix Plant Sdn Bhd untuk operasi dan penjualan konkrit campuran siap.
"Ini akan membolehkan syarikat menceburi perniagaan baharu dan menyediakan bekalan campuran sedia berkualiti yang konsisten ke tapak pembinaan di sekitar yang turut merangkumi projek pembangunan Kumpulan Ibraco," katanya.
Selain itu katanya, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada tender secara aktif bagi projek pembinaan dan infrastruktur Kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi aliran hasil dan mengembangkan buku pesanan. - DagangNews.com








