Edaran Tan Chong Motor tawar e-baucar RM5,000 kepada pembeli Nissan bertuah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Edaran Tan Chong Motor tawar e-baucar RM5,000 kepada pembeli Nissan bertuah

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 April - Sepanjang April dan Mei 2022, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengadakan peraduan dengan e-baucar Lazada bernilai RM50,000 keseluruhan untuk dimenangi, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

ETCM dalam satu kenyataan memaklumkan, pembeli bertuah kenderaan Nissan baharu akan berpeluang memenangi e-baucar Lazada bernilai RM5,000 setiap pemenang. 

 

Dalam pada itu, ETCM juga menawarkan pakej aksesori percuma bernilai sehingga RM10,150 untuk model terpilih.

 

Selain itu, orang ramai juga boleh memandu uji Nissan Almera Turbo baharu dan menerima baucar Watsons bernilai RM30 sebagai tanda penghargaan.

 

Nissan Almera Turbo dilengkapi teknologi canggih yang terbukti memberikan prestasi yang mengujakan. Ia juga menjimatkan bahan api dengan seorang pemilik boleh mendapatkan penggunaan petrol setinggi 18.4 kilometer (km) seliter. 

 

Bagi yang meminati trak pikap lasak, Nissan Navara adalah pilihan terbaik dengan teknologi canggih yang terbukti untuk keadaan paling kasar, namun memberi keselesaan untuk pengangkutan harian. 

 

 

nissan

 

 

nissan

 

 

Terdapat lima varian untuk dipilih untuk keperluan dan harga bermula dari RM111,050, dengan Nissan Intelligent Mobility, pemanduan adalah lebih selamat dan mudah.

 

Seperti biasa, pemilik Nissan diberi jaminan perkhidmatan selepas jualan terbaik daripada Tan Chong Expres Auto Servis (TCEAS) yang mempunyai rangkaian seluruh negara.

 

 

nissan

 

Untuk temujanji boleh ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi DriveOn yang tersedia di Apple App Store atau Google Play Store.

 

Semua kenderaan Nissan baharu didatangkan dengan waranti 5 tahun meliputi kecacatan pembuatan dan selain model Navara, tiada had perbatuan yang dilalui selepas pendaftaran. Bagi Navara, had perbatuan ialah 150,000 km atau 5 tahun, yang mana dahulu.

 

 

nissan

 

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.nissan.com.my, atau menghubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838. - DagangNews.com