KUALA LUMPUR 16 Julai - Bursa tempatan mengakhiri dagangan minggu ini dengan kukuh di sebalik kes jangkitan harian COVID-19 kekal tinggi dan mencecah lebih 13,000 kes pada Khamis.
Petang ini, indeks utama FBM KLCI ditutup 1.66 mata atau 0.11% lebih tinggi kepada 1,522.48 mata.
Ia menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi pada 518 berbanding 406 manakala 459 kaunter tidak berubah.
Dagangan pula berjumlah 4.49 bilion bernilai RM2.94 bilion.
Dalam kalangan kaunter aktif, saham Dagang Nexchange Bhd. (DNeX) mendahului dagangan dengan ditutup 4.9% lebih tinggi kepada 75 sen petang ini.
Ia diikuti BIG Industries Bhd. menokok 40.54% kepada RM1.04 manakala YBS International Bhd. naik 5.26% kepada 50 sen.
Bagi kaunter rugi, Pharmaniaga Bhd. susut 13.94% kepada 89.5 sen selepas kerajaan dilaporkan akan menghentikan pemberian vaksin Sinovac.
Syarikat farmasi itu adalah pengedar tunggal vaksin COVID-19 itu di Malaysia yang diperbuat dari China.
Selain Pharmaniaga, saham berkaitan sarung tangan getah juga ditutup rendah petang ini ekoran jangkitan harian COVID-19 yang masih kekal tinggi.
Top Glove Corporation Bhd. susut 1.73% kepada RM3.97 manakala Hartalega Holdings Bhd. susut 1.44% kepada RM7.53 dan Supermax Corporation Bhd. susut 2.29% kepada RM3.42.
Kossan Rubber Industries Bhd. sebaliknya ditutup 1.22% lebih tinggi kepada RM3.32 petang ini.
Dalam kalangan kaunter untung pula, ia didahului dengan Nestle (Malaysia) Bhd. menokok 0.3% kepada RM133.40 manakala Petronas Dagangan Berhad naik 1.93% kepada RM19.04.
Pasaran mata wang tempatan pula berakhir lemah dengan ringgit ditutup pada RM4.02700/2120 berbanding dolar Amerika Syarikat, daripada penutupan semalam, RM4.2020/2030. - DagangNews.com








