KUALA LUMPUR 12 Dis - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah lebih dari RM65,000 untuk semua pelanggan CBP menerusi kempen 12.12 yang bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2022.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, promosi 12.12 diadakan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan CBP menerusi promosi sama yang diadakan pada November lalu.
Beliau berkata, untuk promosi kali ini, pihaknya menyasarkan pelanggan baharu terutama wanita yang mendapatkan Pembiayaan Peribadi-i CBP.
Jelasnya, hadiah utama yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy Tab A dan juga berupakan baucer barangan kemas yang boleh ditebus di kedai barangan kemas terpilih.
"Untuk melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan ini, ia mestilah permohonan baharu yang diterima dalam bulan November dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh CBP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, CBP menawarkan pelbagai produk perbankan yang diperlukan oleh masyarakat dan dengan adanya promosi ini, ia mengembangkan lagi sasaran pelanggan mereka.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan peribadi atau pembiayaan-pembiayaan lain boleh berkunjung ke-29 cawangan CBP di seluruh negara sepanjang bulan Disember ini.

Selain daripada pembiayaan peribadi, CBP juga turut menawarkan perkhidmatan kewangan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan koperasi dan korporat, Ar Rahnu dan juga takaful. - DagangNews.com








