KUALA LUMPUR 30 Mac - Tempahan VS Industry Bhd dijangka merosot dalam suku ketiga tahun kewangan 2023 (3QFY23) berikutan permintaan pengguna elektronik yang lemah, kata CGS-CIMB Research.
Namun, firma penyelidikan itu turut menjangkakan 4QFY23 lebih baik memandangkan kumpulan tersebut akan melancarkan semula model produk baharu dan pertambahan margin daripada usaha penyepaduan menegak.
Menurut firma tersebut, prospek jualan bagi 3QFY23 kekal suram namun VS Industry berhati-hati optimis suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) akan bertambah baik.
“Untuk 3QFY23F, kami menjangkakan tempahan yang lebih lemah secara berurutan disebabkan terutamanya oleh kelemahan permintaan akhir yang berterusan untuk elektronik pengguna, ditambah pula dengan faktor kemusiman iaitu hari bekerja yang lebih pendek pada Februari,” katanya dalam nota hari ini.
VS Industry berkata susulan kelemahan pada 3QFY23, momentum jualan sepatutnya menjadi QoQ lebih kukuh menuju ke 4QFY23, di mana ia akan mendapat manfaat daripada pelancaran model baharu oleh pelanggannya berpangkalan di Amerika Syarikat dan pelanggan Coffee Brewer, yang pada asalnya tertangguh akibat prospek permintaan lemah pada masa itu.
“Sementara itu, kami positif terhadap usaha penyepaduan menegak VS Industry untuk pelanggan ini kerana ia telah mula mendapatkan komponen tertentu yang sebelum ini dibeli daripada pihak ketiga dan sepatutnya pelanggan ini membawa pertambahan margin kepada kumpulan,” jelasnya.
Firma itu berkata, di dalam perkongsian kumpulan tersebut, prospek terkininya adalah untuk mengusahakan model produk baharu secara aktif (peringkat PCBA) bagi pelanggan sedia ada, serta mereka dalam perbincangan aktif dengan sekurang-kurangnya tiga pelanggan baharu.
Sekiranya prospek baharu ini menjadi kenyataan, ia boleh membawa kepada risiko terbalik kepada ramalan pendapatan sesaham (EPS teras) FY24-25 firma, tambahnya.
“Kami mengurangkan pendapatan sesaham (EPS) teras FY23-25 sebanyak 4.9%-9.3%, mengambil kira keumpilan operasi lebih tinggi disebabkan peningkatan kos tetap yang membawa kepada kelemahan,” katanya.
CGS-CIMB mengulangi saranan ‘pegang’ dengan harga sasaran (TP) 84 sen.
Harga saham VS Industry telah menyusut 24% daripada paras tertinggi setakat ini bagi tahun 2023 sebanyak RM1.03. -DagangNews.com








