CGS-CIMB jangka Eco World International catat kerugian bagi FY22 hingga FY24 akibat kekurangan penyerahan projek | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CGS-CIMB jangka Eco World International catat kerugian bagi FY22 hingga FY24 akibat kekurangan penyerahan projek

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan Eco World International Berhad akan mencatatkan kerugian bagi FY22 hingga FY24 disebabkan kekurangan penyerahan projek dan pelancaran projek baharu hanya akan menyumbang kepada pendapatan FY25.

 

Bagi FY22F, Eco World International akan melancarkan projek baharu dengan nilai pembangunan kasar £470 juta (RM2.5 bilion) di Woking dan Oxbow manakala pelancaran projek baharu di KewBridge mungkin ditangguhkan kepada FY23F.

 

"Kami menjangkakan Eco World International akan mencatatkan kerugian bagi FY22 hingga FY24F akibat margin rendah untuk projek Eco World-Ballymore dan kos tetap yang lebih tinggi akan membanyangi sumbangan penyerahan projek kecil daripada Eco World-London," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma penyelidkan itu berkata, kerugian teras kumpulan itu bagi 1QFY22 sebanyak RM16 juta adalah lebih besar berbanding jangkaan akibat daripada margin yang lebih rendah daripada jangkaan dan perubahan  terhadap pelancaran projek.

 

"Kerugian teras pada 1QFY22 adalah sebanyak RM16 juta berbanding keuntungan teras sebanyak RM72 juta pada 1QFY21 dengan ia berpunca daripada kekurangan penyerahan projek hartanah di Australia dan United Kingdom (UK).

 

"Eco World menyerahkan sejumlah 28 unit Embassy Gardens Block A03 pada 1QFY22 dengan serahan pukal akan disempurnakan pada 2Q/3QFY22F," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, jualan hartanah baharu bagi 1QFY22 meningkat keada RM428 juta berbanding RM312 juta pada 1QFY21 atau 21% daripada sasaran jualan RM2 bilion untuk FY22F dengan kebanyakannya disumbangkan projek di London City Island dan Embassy Garden.

 

Sehingga hujugn Februari 2022, Eco World mencatatkan penjualan sebanyak RM685 juta dan tempahan sebanyak RM393 juta.

 

"Kami percaya mereka akan mencapai sasaran jualan bagi FY22F walaupun berdepan tekanan dari segi kos perbelanjaan dengan kumpulan itu sedang meningkatkan aliran tunai menerusi jualan projek baharu menerusi pakej menarik," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan sasaran harga RM0.46 selepas mengambil kira proses normalisasi perniagaan pasca perintah kawalan pergerakan. - DagangNews.com