British Council Malaysia, Akademi BTOP anjur Festival Premier Skills Queen’s Baton Relay di Kelantan | DagangNews Skip to main content

British Council Malaysia, Akademi BTOP anjur Festival Premier Skills Queen’s Baton Relay di Kelantan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Jan - British Council Malaysia dengan kerjasama Akademi Bring the Opportunity Programme (BTOP) menganjurkan Festival Premier Skills Queen’s Baton Relay pada Sabtu lepas.

 

British Council Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi latihan bola sepak tersebut diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok, Kelantan. 

 

Bersama Akademi BTOP dan Jurulatih Komuniti Premier Skills bertauliah, usaha sama tersebut menyediakan latihan bola sepak kepada belia daripada golongan rentan dalam usaha membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

 

"Program tersebut diyakini banyak memberi manfaat dan menghasilkan impak positif kepada pelajar, keluarga dan masyarakat.

 

"Reka bentuk program ini adalah berdasarkan model kemahiran Liga Perdana Inggeris, iaitu perkongsian antara British Council dan Liga Perdana Inggeris yang telah berjalan selama 10 tahun," katanya.

 

Menurut British Council Malaysia, pihaknya berhasrat menyemai kesedaran kepada belia terhadap nilai dan kelebihan daya tahan dengan melaksanakan sesi latihan bola sepak khusus.

 

 

bc
Pengarah British Council Malaysia, Jazreel Goh

 

 

"Model penyampaian yang akan diguna pakai dalam program ini adalah dengan melaksanakan sesi latihan bola sepak berdasarkan kurikulum Jurulatih Komuniti Premier Skills dengan pendekatan gabungan modul dan pengalaman BTOP," katanya.

 

 

bc

 

 

 

bc

 

 

British Council Malaysia akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan ini, serta Liga Perdana Inggeris untuk memuktamadkan laporan program untuk penyatuan pembiayaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA). - DagangNews.com