Boustead lantik bekas CEO TDM Berhad, Zainal Abidin Shariff ganti Ibrahim Abdul Majid | DagangNews Skip to main content

Boustead lantik bekas CEO TDM Berhad, Zainal Abidin Shariff ganti Ibrahim Abdul Majid

KUALA LUMPUR 10 Julai - Boustead Plantations Bhd melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif TDM Bhd. Zainal Abidin Shariff sebagai CEO kumpulan syarikat.

 

Pelantikan Zainal Abdin itu adalah sebagai menggantikan Ibrahim Abdul Majid, yang bakal mengambil alih peranan lebih besar di dalam syarikat induk kumpulan iaitu Boustead Holdings Bhd.

 

boustead
Ibrahim Abdul Majid

 

Zainal Abidin berkhidmat sebagai CEO TDM Berhad dari 2019 hingga 2020 dan sebelum itu merupakan ketua eksekutif The Incorporated Society of Planters (2018-2019) selain sebagai ketua pegawai operasi dan ketua pegawai kewangan Felcra Bhd (2016-2018). 

 

Beliau kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Bhd.

 

Beliau meletak jawatan dari TDM pada 27 November 2020 selepas berkhidmat kira-kira setahun, dan jawatan tersebut masih tidak diisi setakat ini. 

 

Zainal turut melepaskan jawatan sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif kumpula pada 30 Jun lalu. - DagangNews.com