AZRB terima kontrak bernilai RM316 juta naik taraf Istana Abu Bakar di Pekan | DagangNews Skip to main content

AZRB terima kontrak bernilai RM316 juta naik taraf Istana Abu Bakar di Pekan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 April - Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) menerusi Ahmad Zaki Sdn Bhd kontrak bernilai RM315.9 juta daripada Jabatan Kerja Raya bagi kerja-kerja menaiktaraf Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

 

Kontrak itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf dan ubah suai Istana Abu Bakar.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 30 bulan bermula 1 April 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

 

 

 

Kumpulan itu berkata, tiada pengarah dan pemegang saham utama AZRB atau mana-mana orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dengan kontrak itu.

 

Lembaga Pengarah AZRB berpendapat bahawa kontrak adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

 

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan Kumpulan," katanya. - DagangNews.com