KUALA LUMPUR 20 Dis - Pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Dr Azizan Osman meminta bangsa usahawan yang serius dan komited untuk mengembangkan bisnes menyenaraikan perkara yang mereka 'tidak puas hati' dalam hidup ketika ini.
Menurut mentor usahawan itu, beliau mahu melihat apa yang usahawan mahu lakukan untuk mengubah kehidupan mereka.
"Sudahkah anda refleksi diri apa yang dah lakukan sepanjang tahun ini? Jangan abaikan kerana proses itu akan memudahkan anda membuat perancangan dan tindakan yang perlu bagi mencapai sasaran 2023 nanti.
"Di sini bukan maksud saya untuk anda tidak bersyukur, tetapi nak melihat apa yang rasa nak ubah dalam kehidupan ini. Contohnya, tak puas hati dengan keadaan hutang banyak, tak dapat gembirakan ibu dan ayah, tak dapat tolong orang lain dan macam-macam lagi.
"Senaraikan perkara ini kerana ramai orang berjaya telah berjaya bermula apabila mereka ‘tak puas hati’ hingga buatkan nekad untuk lakukan perubahan," katanya.
Azizan berkata, selama 15 tahun RichWorks dan bangsa usahawan yang beliau bimbing, rata-rata mereka yang berjaya nekad untuk mencapai kejayaan ketika berada dalam situasi mencabar sebelum itu.
Katanya, ada yang hampir bankrap, dihina orang sekeliling, dibebani hutang dan lain-lain lagi, namun akhirnya mereka berjaya mengubah hidup ini.

"Tapi ingat, ini bukanlah proses semalaman. Ia merupakan satu perjalanan yang mengambil masa, cepat atau lambat sangat bergantung kepada diri anda sendiri," katanya.
Azizan turut mengambil contoh apa yang berlaku pada beliau sebelum ini, mengenai masalah berat badan yang dihadapinya selama bertahun-tahun.
"Masalah ini berlarutan, meskipun saya tak puas hati tapi tetap makan banyak, tak bersungguh-sungguh dan konsisten nak ubah hingga saya terima dengan keadaan sebegitu.
"Umpama sebuah yoyo, naik turun walaupun ke gimnasium dan ada jurulatih peribadi tapi hangat-hangat tahi ayam.
"Saya ingat apa salah seorang jurulatih peribadi tanya bahawa di manakah tahap nak ubah berat itu? Saya katakan 10 per 10 tapi dari segi komitmen dan tindakan pula hanya lima dan mungkin tiga saja.
"Itu pasal tak berjaya, nak ubah tapi tak konsisten. Tidak nekad, sebab kebanyakan kita termasuk saya dulu hanya akan nekad apabila sudah sakit ataupun bila dah nak bankrap," katanya.

Tambahnya, jurulatih peribadinya turut meminta Azizan menyenaraikan tiga perkara yang dapat membantunya;
1. Mengaku yang kita ada masalah berkenaan.
Jangan dalam sindrom ‘denial’ yang buatkan anda rasa tak ada apa perlu diubah.
2. Senaraikan kesan negatif ekoran masalah itu.
Membuatkan kita sedar betapa ia dapat beri kesan kepada diri dan bisnes.
3. Senaraikan kenapa penting untuk anda ubah keadaan itu?
Ia mungkin menjadi pencetus untuk anda nak buat tindakan luar biasa selepas ini. Lihat secara mendalam kenapa anda ingin berubah.
Sementara itu, RichWorks akan menganjurkan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes & Wang 2023 pada 4 hingga 6 Februari 2023.
Tiket percuma boleh didapati menerusi laman web nakubahhidup.com yang akan diberikan hingga 23 Disember 2022.








