Astro tawar tontonan percuma untuk pelanggan hingga 31 Januari 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Astro tawar tontonan percuma untuk pelanggan hingga 31 Januari 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Jan - Astro menawarkan semua pelanggannya menikmati tontonan percuma untuk 10 saluran terpilih menerusi televisyen dan Astro GO mulai 15 hingga 31 Januari 2023, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan di Anugerah Putra Brand 2022.

 

Astro memaklumkan, antara saluran serta kandungan yang dapat ditonton dalam tempoh tersebut, termasuk tvN HD, BOO HD, Showcase Movies, CNN HD dan BBC World News HD.

 

Pada masa sama katanya, Astro akan memperkenalkan empat saluran baharu, termasuk CBeebies, DreamWorks, Love Nature, Love Nature 4 dan Global Trekker.

 

"Selain itu, para pelanggan boleh menikmati saluran pop-up Too FUN (Saluran 100) bermula 14 Januari 2023 sehingga 12 Februari 2023. 

 

"Too FUN memaparkan pelbagai jenis hiburan termasuk rancangan variasi terkini, drama serta filem termasuk From Beijing with Love, I Fine..Thank You..Love You dan CZ12," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

astro

 

 

astro

 

 

astro

 

 

Tambah kenyataan itu, pelanggan Go Shop akan menerima diskaun sebanyak RM12 untuk pembelian bernilai RM120 dan ke atas dengan kod promo ‘PUTRA12’ bermula 14 Januari 2023 sehingga 3
Februari 2023. - DagangNews.com