Aeon Credit peroleh pinjaman berkaitan kelestarian RM600 juta dari dua bank Jepun, CIMB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aeon Credit peroleh pinjaman berkaitan kelestarian RM600 juta dari dua bank Jepun, CIMB

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Jan - Aeon Credit Service (M) Berhad memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) sebanyak untuk tempoh tiga tahun buat kali pertama menerusi dua buah bank Jepun dan sebuah bank tempatan.

 

Aeon Credit dalam satu kenyataan berkata, bank tersebut adalah Mizuho Bank (Malaysia) Berhad, MUFG Bank (Malaysia) Berhad dan CIMB Bank Berhad.

 

Katanya, SLL adalah pengiktirafan terhadap usaha kumpulan menerusi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan hasilnya akan digunakan untuk tujuan modal kerja am dan pembiayaan semula.

 

"Ia juga bagi meningkatkan prestasi kemampanannya yang menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Sasaran Prestasi Kemampanan (SPT) yang telah ditetapkan selaras dengan rangka kerja kemampanan sedia ada kumpulan diwujudkan untuk tujuan penilaian apabila mendapatkan SLL tersebut. 

 

Katanya, Aeon Credit akan memasukkan SPT ke dalam penilaian prestasi perniagaan dan kewangan yang mana pelarasan kadar faedah tertakluk kepada pencapaian sasaran.

 

Pengarah Urusan Aeon Credit, Daisuke Maeda berkata, melindungi SLL menandakan satu lagi kejayaan kumpulan untuk terus mengukuhkan komitmen terhadap ESG sambil mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan di tempat pihaknya beroperasi.

 

"Kami telah menetapkan komitmen untuk menjadi peneraju pasaran bagi pembiayaan motosikal elektrik, menyediakan rangkuman kewangan untuk perusahaan mikro, mempromosikan pendidikan ESG di sekolah, sambil meneruskan usaha ke arah perniagaan neutral karbon dan menegakkan amalan tadbir urus korporat yang baik," katanya. - DagangNews.com