SERDANG 18 Mac - Seramai 18,241 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kedua-dua kampus iaitu Kampus Serdang, Selangor dan Kampus Bintulu Sarawak bagi Semester Kedua Sesi 2021/2022 kembali ke kampus bermula 16 Mac sehingga 18 Mac 2022.
SHAH ALAM 18 Mac - Minggu Selangor di Ekspo Dubai 2020 yang berlangsung pada 6 hingga 12 Mac lalu berjaya merekodkan nilai pelaburan berpotensi berjumlah RM960.7 juta.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Grab Financial Group (GFG) Malaysia dengan kerjasama anak syarikat fintech Sedania Innovator Bhd., Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. (SASC) menawarkan Grab Cash Financing-i, produk pembiayaan patuh syariah kepada rakan pemandu dan penghantar Grab.
KUALA LUMPUR 18 Mac - UMNO mengulangi pendirian untuk terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membangunkan semula negara.
IPOH 17 Mac - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali sebagai Liyana Razali kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan susulan mengeluarkan kenyataan tidak benar berkaitan vaksin COVID-19 pada September tahun lepas.
KUALA LUMPUR 18 Mac - AmInvest Research menjangkakan berlaku peningkatan sebanyak 30% terhadap permintaan perlindungan tambahan untuk banjir bagi pemegang polisi insurans kenderaan di LPI Capital Berhad.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (Sharp Malaysia) hari ini menyumbang barangan elektrik bernilai RM383,827 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membina semula sek
KUALA LUMPUR 18 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan risiko akibat konflik Rusia-Ukraine terhadap Bumi Armada Bhd. masih kekal terurus, justeru, menaikkan penarafan sahamnya kepada 'tambah' berbanding 'pegang' sebelum ini dengan harga sasaran pada 55 sen.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin harga global komoditi yang menggalakkan dan pertumbuhan kukuh dalam sektor itu akan membantu mempercepatkan Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
KUALA LUMPUR 18 Mac - Harga minyak mentah dijangka kekal tinggi mengatasi paras sebelum tercetusnya konflik Rusia-Ukraine, meskipun dengan harga melebihi AS$120 setong adalah tidak mampan, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Public Investment Bank Research melihat perkembangan perniagaan Pappajack Berhad bergantung kepada pembukaan cawangan pajak gadai baharu selain pengambilalihan perniagaan pihak ketiga.