KUALA LUMPUR 15 Julai - Semakan MIDF Research mendapati harga keluli besi menyederhana antara RM2,900 dan RM3,500 satu tan manakala harga simen masih kekal kukuh.
LONDON 15 Julai - Penanggung insurans digital gaya hidup atas permintaan pertama Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Kotak Pasir Regulasi Fintech, mengumumkan pengembangannya ke United Kingdom (UK) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
IPOH 15 Julai - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) melancarkan Program Tanaman Integrasi Lambor yang diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mendepani isu sekuriti makanan khususnya di negeri Perak.
KUALA LUMPUR 15 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menyemak turun penarafan sektor pembuatan elektronik kepada 'neutral' kesan daripada bacaan makro yang lebih lemah daripada Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI).
BERA 15 Julai - Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan selain memastikan projek siap tepat pada masanya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 15 Julai - Kenanga Research menyemak turun harga sasaran (TP) Bursa Malaysia Bhd. kepada RM6.30 daripada RM7.05 sebelum ini, dengan penarafan 'market perform' dikekalkan.
KUALA LUMPUR 15 Julai - Bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah meletak jawatan daripada lembaga pengarah Metronic Global Bhd yang merugikan berkuat kuasa semalam.
KUALA LUMPUR 15 Julai - Anak syarikat tidak langsung Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC), menerima lanjutan sembilan bulan lagi untuk kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bernilai RM79.32 juta.
KUALA LUMPUR 15 Julai - Dua lagi unit Sapura Energy Bhd yang dibebani hutang, Sapura Pinewell Sdn Bhd (SPSB) dan Sapura Fabrication Sdn Bhd (SFSB), telah dikenakan petisyen penggulungan kerana gagal menjelaskan RM906,194 dalam jumlah tertunggak.
KUALA LUMPUR 14 Julai - PTT Infra Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada Tropicana Development (Johor Bahru) Sdn. Bhd. pada 14 Juali 2022 bagi projek pembangunan infrastruktur bernilai RM53.8 juta di Pontian, Johor.