Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023 - PM

BERA 16 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakan Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt lepas, yang merupakan belanjawan terbesar pernah disediakan melibatkan peruntukan RM372.3 bilion. 

 

Elak perbuatan caci-mencaci, serang sesama sendiri - Ismail Sabri

BERA 16 Okt - Perbuatan caci-mencaci, tuduh-menuduh atau menyerang antara UMNO dan PAS tidak seharusnya berlaku dan perlu dielakkan.

 

UMNO Bahagian tidak dipaksa sokong Ismail Sabri sebagai PM - Mahdzir

KUALA NERANG 16 Okt - UMNO Bahagian di seluruh negara tidak menerima sebarang arahan atau dipaksa oleh mana-mana pihak untuk menyokong usul Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

 

Team Haq wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Jakarta

KUALA LUMPUR 16 Okt - Penampilan sulung Team Haq dalam kejohanan MPL Malaysia musim ke-10 cukup mengujakan apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia tahun depan.

 

PKNS catat 75 peratus unit Residensi Advena terjual pada hari pertama pelancaran

SHAH ALAM 16 Okt - Lebih 75 peratus daripada 232 unit rumah Residensi Advena di Seksyen 16 di sini yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), berjaya dijual pada hari pertama pelancarannya.

 

Ruang STIE Keluarga Malaysia wujudkan golongan pemikir, semarakkan budaya inovasi - PM

BERA 16 Okt - Kewujudan Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia diharap akan mewujudkan golongan pemikir yang dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan untuk dikomersialkan sekali gus membantu negara memperkasa ekonomi berasaskan inovasi.

Sunsuria terbit sukuk RM66 juta untuk perbelanjaan modal dan kerja

KUALA LUMPUR 16 Okt - Sunsuria Bhd telah menerbitkan nota jangka sederhana Islam kedua bernilai RM66 juta dalam nilai nominal di bawah Program Sukuk Wakalah dengan tempoh kematangan tiga tahun iaitu menjelang 14 Oktober 2025. 

 

UMNO Padang Terap usul Ismail Sabri terui terajui kepimpinan negara

PADANG TERAP 16 Okt - UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul tanpa berbelah-bahagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

Program Eco-Schools Perak sasar penyertaan 100 sekolah menjelang 2025

IPOH 15 Okt –  Program Eco-Schools Perak menyasarkan penyertaan 100 buah sekolah Eco-schools menjelang 2025 bagi melahirkan duta-duta kelestarian yang mampu menjadi pemudah penyelesaian isu alam sekitar di dalam komuniti mahupun isu global. 

 

Wilo pilih Malaysia sebagai tapak kukuhkan pasaran di Asia Tenggara, Oceana

KUALA LUMPUR 15 Okt –  Wilo, peneraju pengeluar pam antarabangsa terkemuka, secara rasmi membuka kilang pemasangan baharu di Malaysia untuk membekalkan pam air dan sis

KULIM meterai perjanjian pembelian buah tandan segar dengan Wild Asia, Eng Lee Heng Trading

KUALA LUMPUR 15 Okt - Anak syarikat JCorp, Kulim Malaysia Bhd (KULIM) telah memeterai perjanjian pembelian buah tandan segar (BTS) bertauliah dengan Wild Asia dan Eng Lee Heng Trading untuk meningkatkan pengeluaran minyak sawit yang boleh dijejak dan mampan.

 

UMNO fokus kemenangan di negeri-negeri tidak bubar DUN - Mahdzir

KUALA NERANG 15 Okt - UMNO akan memberikan tumpuan untuk mencapai kemenangan bagi calon-calon Parlimen di negeri-negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi. 

 

Dana khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia

BERA 15 Okt - Dana khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Pahang sebagai menghargai jasa pesara pasukan keselamatan itu.

 

Subscribe to Terkini