KOTA KINABALU 28 Mei - Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 adalah manifestasi pengiktirafan terhadap institusi kewartawanan di Malaysia secara profesional, kata Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Lichong Angkui.
TOKYO 28 Mei - Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif, dan Dasar Pandang ke Timur (DPT) diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim.
TOKYO 28 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan.
TOKYO 28 Mei - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravan telah memuktamadkan Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Menteri Kehakiman Jepun, Yoshihisa Furukawa pada 26 Mei 2022 bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun.
KUALA LUMPUR 27 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR 27 Mei - TAFI Industries Berhad mencatatkan penurunan untung bersih melebihi 90% bagi kepada RM182,000 bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM1.06 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
TOKYO 27 Mei - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bagi membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin, di Pejabat Perdana Menteri Jepun, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Izzaddin Idris akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 31 Mei 2022.
MELAKA 27 Mei - Malaysia Amateur Radio Transmitter's Society (MARTS) akan mengendalikan net khas sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada guru Kolej Vokasional Keningau Sabah, Khalifa Affnan yang dipilih sebagai pemenang global bagi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.