Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hasil Leong Hup meningkat 3.5% kepada RM2.21 bilion pada 2QFY2026

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Leong Hup International Berhad mencatat peningkatan hasil sebanyak 3.5% kepada RM2.21 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY2026) didorong pertumbuhan perniagaan makanan ternakan serta prestasi lebih baik segmen ternakan dan produk berkaitan ayam

Oppstar kembali untung selepas hampir dua tahun rugi disokong peningkatan hasil pasca-silikon

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Oppstar Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun apabila lonjakan hasil daripada perkhidmatan reka bentuk dan pengesahan pasca-silikon berjaya mengembalikan syarikat reka bentuk cip itu ke landasan positif.

Aset cair Kinergy naik kepada RM168.8 juta, nisbah hutang susut hampir separuh

KUALA LUMPUR 26 OgosKinergy Advancement Berhad mengukuhkan kedudukan kewangan dengan aset cair naik 43.6% kepada RM168.8 juta dan nisbah hutang bersih susut hampir separuh kepada 0.25 kali.

 

Orkim tambah armada kapal tangki dan kekalkan kadar penggunaan tinggi 91%

KUALA LUMPUR 26 OgosOrkim Berhad meneruskan strategi perluasan armada kapal tangki dan kadar penggunaan kekal tinggi pada 91%, bagi mengukuhkan kedudukan serta menyokong pertumbuhan hasil.

 

TW Agro Dinamik, Nanyan Holdings meterai kerjasama RM250 juta bangunkan hab agromakanan di Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – TW Agro Dinamik Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bekerjasama dengan Nanyan Holdings Sdn Bhd bagi membangunkan hab agromakanan bersepadu bernilai RM250 juta di Mukim Caluk, Setiu.

 

Margin projek semakin lemah dorong Phillip Capital hentikan liputan ke atas T7 Global

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Margin projek yang semakin lemah, kos kewangan lebih tinggi dan kelewatan projek sistem pengendalian bagasi (BHS) di KLIA terus menjadi cabaran kepada T7 Global Berhad.

 

Untung NationGate dijangka melonjak pada FY27, UOBKH naikkan TP lebih sekali ganda kepada RM1.88

KUALA LUMPUR 26 Ogos - NationGate Holdings Bhd dijangka menyaksikan pemulihan keuntungan yang ketara bermula suku keempat 2026 (4QFY26) sebelum memasuki fasa pertumbuhan lebih pesat pada FY27, didorong program modul optik baharu, permintaan kukuh pusat data kecerdasan buatan (AI)

JHM kembali catat untung bersih bagi 1HFY26 disokong hasil meningkat 57% kepada RM219 juta

KUALA LUMPUR 26 OgosJHM Consolidation Berhad mencatatkan prestasi positif dengan kembali meraih keuntungan bersih sebanyak RM7.62 juta bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

 

Mah Sing labur RM186.17 juta beli 14.38 ekar tanah di Ampang, rancang bangunkan projek RM1.92 bilion

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Mah Sing Group Bhd memperkukuh kedudukannya di Ampang menerusi pengambilalihan tanah seluas 14.3775 ekar bernilai RM186.17 juta, yang bakal dibangunkan sebagai projek pangsapuri servis M Araya dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM1.92 bilion.<

Mi Technovation dapat kelulusan SGX, sasar IPO Mi Material menjelang akhir 2026

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Mi Technovation Berhad mendapat kelulusan bersyarat daripada Bursa Singapura (Singapore Exchange, SGX) bagi cadangan penyenaraian anak syarikat bahan semikonduktornya, Mi Material Holding Ltd di Pasaran Utama  SGX.

 

IJM Construction raih dua projek semikonduktor dan teknologi perubatan bernilai RM909.5 juta

KUALA LUMPUR 26 Ogos - IJM Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd meraih dua lagi projek berteknologi tinggi dalam sektor semikonduktor dan teknologi perubatan bernilai keseluruhan RM909.5 juta.

 

Firma Singapura, Toku peroleh kontrak kedua selama lima tahun daripada sebuah kumpulan perbankan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Toku Ltd terus mengukuhkan kedudukan dalam sektor perbankan Malaysia dengan meraih kontrak baharu selama lima tahun daripada sebuah kumpulan perbankan, menandakan projek kedua syarikat itu dengan pelanggan yang sama.

 

Kilang GMP baharu tingkatkan kapasiti Yenher kepada 31,200 tan setahun – Malacca Securities

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Yenher Holdings Berhad dijangka mendapat manfaat daripada kilang baharu yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP), yang dijadualkan siap menjelang akhir 2026 kerana mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat sebanyak tiga kali ganda kepada 31,200 ta

Subscribe to Terkini