Anwar Mahu Jabatan Kastam Perkukuh Integriti, Kerajaan Tegas Tangani Rasuah
PUTRAJAYA 10 Feb (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota, dengan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan amalan rasuah.






