MBPJ mahu butiran kewangan diperincikan sebelum perjanjian SIP dimeterai dengan Selmax
KUALA LUMPUR 26 Sept - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencapai persetujuan lisan bagi pelaksanaan Skim Parkir Pintar Selangor (Selangor Intelligent Parking atau SIP), namun menegaskan setiap butiran kewangan perlu diperincikan sebelum sebarang perjanjian ditandatangani.






