Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mahkamah putuskan bank wajib laksana semakan pastikan maklumat pemindahan wang betul 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Mahkamah Tinggi memutuskan bank mempunyai kewajipan untuk berhati-hati dalam pemindahan wang pelanggan, walaupun pelanggan memberikan nombor akaun salah, kerana bank sepatutnya mempunyai mekanisma untuk memastikan nama penerima dan nombor akaun yang dimasuk

Corten catat pertumbuhan 20.7%, muncul penyumbang hasil terbesar Signature International pada 2QFY26

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Perniagaan Corten muncul sebagai penyumbang hasil terbesar Signature International Berhad buat kali pertama selepas mencatat hasil RM77.8 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY26), meningkat 20.7% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Axis-REIT beli tiga gudang industri di Pulau Indah berjumlah RM61 juta daripada Megalift

KUALA LUMPUR 26 OgosAxis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) terus mengukuh penguasaannya dalam segmen hartanah industri apabila membeli tiga gudang di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, Selangor pada harga RM61 juta.

 

Segmen peruncitan, pejabat sokong peningkatan keuntungan KLCCP Stapled kepada RM203.9 juta

KUALA LUMPUR 26 Ogos – KLCCP Stapled Group mencatat peningkatan sederhana bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY2026) dengan keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 1.6% kepada RM203.88 juta daripada RM200.66 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

MCE peroleh kontrak Perodua RM54.28 juta bekalkan komponen audio, kamera undur dan ADAS

KUALA LUMPUR 26 OgosMCE Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM54.28 juta daripada Perodua bagi membekalkan komponen elektronik automotif termasuk paparan audio, kamera undur dan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).

 

Malaysia Airports cari rakan strategik bangunkan ekosistem pengiklanan lapangan terbang

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Malaysia Airports Holdings Berhad membuka Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) bagi mendapatkan pandangan industri mengenai pembangunan masa depan ruang pengiklanan di rangkaian lapangan terbang kendaliannya.

 

Sarawak sasar projek simpanan karbon pertama 2028, medan minyak Kasawari dipilih jadi tapak perintis

KUALA LUMPUR 26 OgosSarawak bakal melaksanakan projek penyimpanan karbon pertamanya menjelang 2028 menerusi pembangunan medan minyak Kasawari di luar pesisir negeri itu, sekali gus membuka peluang hasil baharu daripada syarikat dan industri.

 

Hasil Leong Hup meningkat 3.5% kepada RM2.21 bilion pada 2QFY2026

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Leong Hup International Berhad mencatat peningkatan hasil sebanyak 3.5% kepada RM2.21 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY2026) didorong pertumbuhan perniagaan makanan ternakan serta prestasi lebih baik segmen ternakan dan produk berkaitan ayam

Oppstar kembali untung selepas hampir dua tahun rugi disokong peningkatan hasil pasca-silikon

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Oppstar Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun apabila lonjakan hasil daripada perkhidmatan reka bentuk dan pengesahan pasca-silikon berjaya mengembalikan syarikat reka bentuk cip itu ke landasan positif.

Aset cair Kinergy naik kepada RM168.8 juta, nisbah hutang susut hampir separuh

KUALA LUMPUR 26 OgosKinergy Advancement Berhad mengukuhkan kedudukan kewangan dengan aset cair naik 43.6% kepada RM168.8 juta dan nisbah hutang bersih susut hampir separuh kepada 0.25 kali.

 

Orkim tambah armada kapal tangki dan kekalkan kadar penggunaan tinggi 91%

KUALA LUMPUR 26 OgosOrkim Berhad meneruskan strategi perluasan armada kapal tangki dan kadar penggunaan kekal tinggi pada 91%, bagi mengukuhkan kedudukan serta menyokong pertumbuhan hasil.

 

TW Agro Dinamik, Nanyan Holdings meterai kerjasama RM250 juta bangunkan hab agromakanan di Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – TW Agro Dinamik Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bekerjasama dengan Nanyan Holdings Sdn Bhd bagi membangunkan hab agromakanan bersepadu bernilai RM250 juta di Mukim Caluk, Setiu.

 

Margin projek semakin lemah dorong Phillip Capital hentikan liputan ke atas T7 Global

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Margin projek yang semakin lemah, kos kewangan lebih tinggi dan kelewatan projek sistem pengendalian bagasi (BHS) di KLIA terus menjadi cabaran kepada T7 Global Berhad.

 

Subscribe to Terkini