Alam Maritim beli kapal sokongan luar pesisir bernilai RM80.8 juta
KUALA LUMPUR 2 Sept – Alam Maritim Resources Bhd bercadang membeli sebuah kapal sokongan luar pesisir (OSV) bernilai AS$19.8 juta atau kira-kira RM80.8 juta bagi memperkukuh keupayaan perniagaan perkhidmatan dasar laut dalam industri minyak dan gas.













