TNB terus raih lonjakan permintaan elektrik daripada pertumbuhan pesat pusat data, kata penganalisis
KUALA LUMPUR 28 Ogos — Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperoleh manfaat daripada lonjakan besar permintaan elektrik terutama daripada pertumbuhan pesat pusat data (DC), menurut penganalisis.










