SC dakwa tiga beradik jalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen, berdepan denda sehingga RM10 juta
KUALA LUMPUR 15 Julai - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa tiga beradik di tiga Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menjalankan aktiviti urus niaga sekuriti tanpa lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang sah.






