Silver Ridge lantik lima pengarah baharu susulan enam ahli lembaga pengarah lepas jawatan Jun lalu
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penyedia perkhidmatan pemasangan infrastruktur telekomunikasi, Silver Ridge Holdings Bhd melantik lima pengarah baharu bagi memperkukuh barisan kepimpinan syarikat susulan pelaksanaan pelan penggantian dan peralihan pengurusan.






