Kadar tambang ECRL tular di media sosial hanya spekulasi, pengumuman rasmi dibuat selepas kelulusan kerajaan - MRL
KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menegaskan kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum diumumkan secara rasmi dan sebarang maklumat yang sedang tular di media sosial ketika ini hanyalah spekulasi.






