Pembelian SCIB Concrete, YTL kukuhkan capaian logistik dan akses industri hiliran simen di Sarawak - penganalisis
KUALA LUMPUR 3 Okt - Pengambilalihan SCIB Concrete Manufacturing bukan sahaja mengukuhkan capaian logistik dan pengeluaran simen YTL Corporation Bhd di Malaysia Timur, tetapi mampu menjadi akses kepada industri hiliran simen di negeri Sarawak, kata MBSB Research.






