Bursa Malaysia arah Greentronics jelaskan aktiviti dagangan luar biasa
KUALA LUMPUR 6 Feb — Bursa Malaysia mengarahkan Greentronics Technology Bhd untuk memberi penjelasan berhubung aktiviti dagangan luar biasa yang berlaku pada Jumaat lalu, susulan kejatuhan mendadak harga sahamnya sehingga menghakis kira-kira 79% permodalan pasaran syarikat itu.






