Kenanga Research naik taraf Bursa Malaysia kepada ‘outperform’ selepas aktiviti dagangan 1Q2026 atasi jangkaan
KUALA LUMPUR 10 April - Kenanga Research menaik taraf saranan Bursa Malaysia Bhd kepada ‘outperform’ dengan harga sasaran lebih tinggi RM9.25 berbanding RM8.80 sebelum ini, selepas prestasi aktiviti dagangan suku pertama 2026 mengatasi jangkaan.






