Hartalega cabar tuntutan cukai RM101 juta LHDN
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Unit milik penuh Hartalega Holdings Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd (NGC), telah mengambil tindakan undang-undang untuk membantah tuntutan cukai tambahan berjumlah RM101 juta yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).






