Kerajaan Persekutuan lulus 38 projek PETRA bernilai RM4.389 bilion di Kedah
KUALA LUMPUR 15 Jan - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) meluluskan 38 projek menerusi peruntukan pembangunan Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Kedah, melibatkan kos keseluruhan RM4.389 bilion.






