Bursa Malaysia tegur TFP Solutions dan CEO Datin Sr Eugena Braganza kerana pelanggaran peraturan penyenaraian
KUALA LUMPUR 6 Mac — Bursa Malaysia Securities Berhad mengeluarkan teguran awam terhadap TFP Solutions Berhad serta Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Sr Eugena Braganza, susulan pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia.






