KUALA LUMPUR 10 Mac — Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menjual pegangan saham dalam syarikat konglomerat tersebut bernilai kira-kira RM79.56 juta.
KUALA LUMPUR 9 Mac — Malakoff Corporation Bhd (MCB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi melanjutkan operasi Loji Janakuasa Prai selama empat tahun lagi bermula 1 April 2026 hingga 31 Mac 2030.
KUALA LUMPUR 9 Mac — Advancecon Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM148.4 juta bagi melaksanakan kerja tanah dan infrastruktur utama untuk Pakej 1B di pembangunan Southern Ibrahim Technopolis (IBTEC) di Kulai, Johor.
KUALA LUMPUR 9 Mac - Tawaran pengambilalihan wajib pada harga 90 sen sesaham bagi Timberwell Bhd oleh pemegang saham terbesarnya, Wong Wai Foo, disifatkan sebagai “tidak adil tetapi munasabah” oleh penasihat bebas.
PUTRAJAYA 9 Mac - Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter supaya ia tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 9 Mac - Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.