Feet's disenarai pendek sebagai 7 aplikasi di HCM Point Solution Vendors | DagangNews Skip to main content

Feet's disenarai pendek sebagai 7 aplikasi di HCM Point Solution Vendors

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - Ramssol Group Berhad (Ramssol) mengumumkan bahawa aplikasi Feet's yang ditawarkan menerusi anak syarikatnya, RAMS Solutions Sdn. Bhd. berjaya disenarai pendek sebagai antara tujuh aplikasi terbaik di Human Capital Management (HCM) Point Solution Vendors Asia Pasifik dan Jepun.

 

Menurut laporan Gartner Inc ke atas HCM Technology Strategies yang disiarkan pada 28 Januari 2022 mehyaksikan seramai 350 syarikat terlibat dengan tinjauan khusus, Feet's diangkat sebagai antara tujuh aplikasi terbaik dalam penglibatan dan maklum balas pekerja dan penyelesaian pekerja.

 

Gartner menyatakan bahawa banyak organisasi menyedari keperluan untuk kekal berdaya saing dalam pasaran tenaga kerja yang sangat dinamik dengan melabur dalam teknologi HCM yang boleh menyokong proses sumber manusia pada satu platform.

 

Laporan itu juga menyatakan bahawa banyak organisasi kurang bersedia untuk menyokong peralihan pantas perancangan tenaga kerja dinamik yang diperlukan semasa pandemik COVID-19 selepas menangguhkan transformasi digital.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng berkata, pihaknya berbesar hari kerana Feet's tersenarai sebagai antara aplikasi pilihan HCM Point Solution Vendors dan ia sangat memberi kesan yang sangat signifikan.

 

Beliau berkata, organisasi lebih banyak merujuk kepada laporan untuk mendapatkan pandangan tentang perniagaan utama dan trend teknologi.

 

"Aplikasi Feet's yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah isyarat bahawa HCM mengiktiraf keupayaan kami dalam menyediakan penyelesaian.

 

"Pengiktirafan oleh Gartner memberi gambaran bahawa kami menyediakan platform penglibatan pekerja yang membolehkan setiap organisasi berkeongsi pengalaman pekerja mereka sambil menawarkan penglibatan serta menyediakan kerjasama selain mengiktiraf pekerja mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Buat masa sekarang, aplikasi Feet's memiliki 25,000 pelanggan dan ia juga merupakan aplikasi telefon pintar pertama yang disepadukan dengan Zoom Video Communication membolehkan pengguna untuk mengadakan mesyuarat dengan penglibatan sehingga 500 peserta tanpa perlu mengubah aplikasi. - DagangNews.com