Dragonlore: Kembara Sastera 12 tahun penuh peristiwa | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 30 October 2023

DRAGONLORE: KEMBARA SASTERA 12 TAHUN PENUH PERISTIWA

 

 

Tahun 2012 merupakan Tahun Naga.

Pada tahun itu, saya menulis novel NAGA – A Legend of Tasik Chini dengan dorongan pengasas syarikat Vision Plus Entertainment, Lim Beng Teck. Beliau menggalakkan saya menulis kisah Naga Tasik Chini sepenuhnya yang diilhamkan penceritaan Nenek semasa kecil.

 

Pada masa ini jugalah, tercetuslah idea untuk menulis sebuah antologi kisah Naga pada tahun Naga yang akan datang iaitu 2024. Bermula detik itu, saya mula mengumpulkan kisah naga serantau Asia dan juga beberapa negara Eropah dari tahun 2012 sehingga tahun 2022.

 

Siapa sangka, di ambang tahun Naga 2024, DRAGONLORE akan terhasil melalui kolobrasi antarabangsa yang juga memperkenalkan dunia penerbitan antarabangsa.

 

 

parafrasa

 

 

Bermula sebuah kisah...

Tahun lepas, saya menghadiri Pesta Buku Frankfurt buat kali pertama. Sebelum ke Frankfurt pada tahun itu, saya menghadiri kursus ‘Rights Clinic’ yang dikelolakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Kami dilatih untuk mempromosi buku-buku supaya dapat diterbitkan oleh penerbit luar-negara.

 

Pihak MBKM menggalakkan kami mempelawa penerbit dan penulis antarabangsa berkolobrasi menghasilkan buku. Di ‘Rights Clinic’ pertama inilah, saya melahirkan hasrat menulis kolobrasi antarabangsa bertemakan Naga.

 

Di Pesta Buku Frankfurt 2022, penulis Itali telah mengikat perjanjian menerbitkan 4 buah buku Siri Hikayat Fandom dalam Bahasa Itali. Ini mencetuskan semangat untuk projek Naga atau Dragonlore dan saya mula mengajak beberapa kenalan penulis UK, Canada, Philippines, Indonesia, India dan Itali untuk menulis kisah Naga untuk antologi Dragonlore ini.  Malangnya rakan saya dari India sakit teruk pada masa itu.

 

Di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 pula, saya berkenalan dengan penulis dan pengelola  Fellowship Istanbul iaitu Can Yigit Tuncman dan beliau menerima pelawaan saya untuk menulis kisah Naga dari Turkiye. Sebenarnya saya amat bersyukur, kerana walaupun saya mengenali kebanyakan penulis ini sejak bertahun-tahun, mereka penulis handalan.

 

 

parafrasa

 

 

Setahun bercerita Naga

Selama setahun saya menjemput penulis terpilih yang sememangnya cintakan legenda dan cerita rakyat. Alhamdulillah, seorang demi seorang menerima jemputan saya sehingga 14 orang kesemuanya.

 

Sepanjang setahun proses penulisan Dragonlore, saya mengirimkan emel ‘updates’ dan ‘peringatan deadline’ pada seluruh barisan penulis dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Itali.

 

Akhirnya Barisan Kolobrasi termasuk:

 

Editor:

Ninot Aziz & Johnny Gillett

 

Penulis/Tukang Cerita:

Samuel Peralta (Canada), Cora Wang (China), Helmut Kunkel (Germany), Anna Kordzaia-Samadashvili (Georgia) Imam Qalyubi (Indonesia), Renato Ghezzi (Italy), Rita Angelelli (Italy),  Arian Tejano (Philippines), Minah Sintian (Malaysian) Teoh Choon Ean (Malaysia), Can Yigit Tuncmann (Turkiye), Ruby Yusuf ( Malaysia), dan The Journey Man (UK)

 

Barisah Penterjemah ke Bahasa Inggeris:

Maria Grazie Beltrami (Itali)

Li Jieting (China)

Ninot Aziz (Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu)

 

Pelukis: Walid Muhammad dan Ariyana Ahmad

 

Designer: Atie Ismail

 

 

parafrasa

     

 

   Kejayaan DRAGONLORE

 

Syukur Alhamdulillah, DRAGONLORE berjaya menarik minat melalui beberapa cara.

 

DRAGONLORE menghimpunkan 14 penulis, 3 penterjemah dan 2 ilustrator dari 10 negara: Malaysia, Kanada, China, Jerman, Georgia, Indonesia, Itali, Filipina, Turkiye dan United Kingdom.

 

Kerjasama ini terhasil dari rasa saling hormat menghormati, hala tuju dan niat menegakkan legenda dan budaya sastera serta menggalakkan pemeliharaan khazanah dunia dalam kisah ‘Naga’.

 

DRAGONLORE diberikan Kata-kata Aluan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Muhammad Hj Salleh.

 

Pemilihan DRAGONLORE untuk diarkibkan di Bulan (Space X 2024) menyertai 30,000 karya seni dan kesusasteraan dari 155 negara, di bawah projek LUNAR CODEX yang diketuai oleh Samuel Peralta juga merupakan tanda seruan kepada kepentingan legenda dan cerita rakyat membawa naratif kelestarian budaya dan alam semulajadi dalam dunia hari ini.

 

Naratif kelestarian dan masalah perubahan iklim diselitkan dalam penceritaan Dragonlore terutamanya kisah Bastet Dan Diika (Legenda aspirasi Warisan Egypt dan Dunia Melayu), ‘Four Dragons’ dan ‘Where Are The Dragons’ yang tertanam dalam kisah yang menawan boleh memberi impak kepada kesedaran ‘Planetary Health’ secara keseluruhan.

 

Pada 17 Oktober 2023, pihak Konsulat Jeneral di Frankfurt telah melakukan pra-pelancaran Dragonlore yang mula menerima tempahan awal atas talian seluruh dunia.

 

Kesemua pihak yang terlibat dari dalam dan luar negara memuji tahap ‘professionalisme’ tinggi team penerbit dari editor, illustrator, dan grafik designer Hikayat Fandom.

 

Ini merupakan kejayaan kami bersama dan saya amat berterimakasih kepada co-editor Johnny Gillett dari UK, illustrator Walid Muhammad dan Ariyana Ahmad, Grafik Designer Atie Ismail dan pengarah penerbitan Rudy Daud dan promosi media sosial, Saehah. Semua kerja dijalankan atas talian – ini agak mencabar!

 

parafrasa

 

Antara pujian untuk Dragonlore:

 

“Kimsenin görmediği ama herkesin bildiği bir fenomen olan ejderhaları Dragonlore'da dünyanın farklı yerlerinden yazarlardan okumak, onların alevlerini hissetmek için yeterli.”

 

Can Yiğit Tunçman
Istanbul, Turkiye

 

予的那些价之外,它就是一种神奇的物,一切有着超凡力量的生物是会承受更多的力,我很希望,在某些情况也能感受到人的友善和关现实生活中不能生的事,在故事里,它一定是存在的。

 

Cora Wang, China

 

"Dragonlore: Isang kolektibong pagsusuri ng mga manunulat mula sa iba't ibang bahagi ng mundo na sumusuri sa mga mito ng mga dragon, nagbibigkis ng magkakaibang kultura at kanilang nakaaakit na mga kuwento, nagbibigay buhay sa mga mambabasa-- sa kanilang imahinasyon, kuryusidad, at pagmamahal sa iba't ibang wika."

 

Arian Tejano
Tandag City, Philippines

 

 

Kearifan tempatan menarik minat penerbit luar

Selama dua tiga tahun kebelakangan ini, pelbagai pertanyaan tentang kisah hikayat lama seperti Legenda Bidasari, Dunia bawah laut Dika dari Sejarah Melayu, Kisah Hang Tuah dan bermacam-macam lagi.

 

Kisah Dunia Melayu unik dan telah wujud berkurun lamanya. Ia boleh memberikan perspektif baru dunia cerita rakyat dari Asia. Apabila cerita rakyat dan hikayat epik kita di persada dunia, ia akan mencelikkan mata dunia kepada ketamadunan kita yang sebenar.

 

Bersama cerita rakyat lama Dunia Melayu seperti Naga Tasik Chini, Naga Putih Langkawi dan Geliga Kinabalu serta kisah dari Asia Tenggara, penceritaan bermula legenda Inuit Palraijug yang dramatik kepada kisah naga Filipina, Bakunawa mempesonakan pembaca. Lyminster Knucker dari pedalaman England kepada kisah pelukis naga mistik dari China.

 

Sejujurnya, kesusasteraan hikayat lama dan cerita rakyat adalah tunggak kewibawaan dan kearifan tempatan sebagai khazanah yang sangat bernilai. Dragonlore sebenarnya merupakan usaha kami meletakkan cerita rakyat kita di persada dunia seiring semua kisah cerita rakyat dan legenda dunia.

 

 

parafrasa

 

 

Saya akui, sokongan pembeli buku kami, yang pelbagai bangsa menggalakkan kami dan memberikan satu kesungguhan untuk kami menghasilkan buku sebegini. Selain dari itu, sokongan pembelian buku oleh PNM, JKKN, Perpustakaan Negeri seperti PPAS, dan geran kerajaan banyak memberi galakkan kepada syarikat kecil kami untuk terus menghasilkan buku buku bertemakan hikayat dan cerita rakyat.

 

Nota:

Pra-Tempah mulai diterima hingga 31 Disember 2023 dengan harga istimewa RM89.00

Pada 1 Januari 2024, harga DRAGONLORE From East and West adalah RM109.00.

 

Kami mengharapkan, ramai pembaca akan membeli DRAGONLORE bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 yang meraikan Tahun Naga. Inilah antara tujuan menerbitkan buku ini untuk menggalakan pemahaman budaya serantau yang mempunyai persamaan.  - DagangNews.com

 

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb

 

 

Portfolio Tags