Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 2 February 2021

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

 

 

PASARAN saham mempunyai tiga aliran iaitu menaik, menurun dan mendatar. Untuk membuat keuntungan di pasaran saham ialah dengan cara membeli saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia sama ada memberi pesanan kepada wakil peniaga berlesen di syarikat broker saham ataupun remisier.

 



Selain itu, anda boleh membuat pembelian mahupun penjualan sendiri melalui urus niaga di dalam talian sama ada dengan menggunakan telefon pintar ataupun komputer. Perbezaan harga jualan yang lebih tinggi dari harga belian menghasilkan keuntungan. Anda boleh menjual pegangan saham pada bila-bila masa yang dikehendaki sama ada semasa pasaran sedang didagangkan ataupun selepas pasaran ditutup.

 



Untuk melakukan transaksi beli dan jual saham-saham syarikat tersenarai ini anda perlu terlebih dahulu mempunyai akaun CDS (Central Depository System) dan akaun dagangan di mana-mana syarikat broker saham yang berdekatan dengan kediaman mahupun pejabat.

 



Sungguhpun demikian, anda masih boleh mengisi borang CDS secara dalam talian dan melantik seorang remisier untuk berurusan.

 



Oleh kerana dalam era norma baharu ini serta hebahan yang meluas mengenai ilmu pelaburan saham maka semakin ramai rakyat Malaysia khasnya masyarakat Bumiputera telah melibatkan diri secara aktif dalam pasaran saham.

 

 

Sewaktu pasaran sedang didagangkan, saham-saham syarikat tersenarai bertukar tangan secara aktif. Saham-saham yang didagangkan secara cergas akan berada di dalam senarai kaunter-kaunter aktif berdasarkan jumlah dagangan.

 

 

cikgusaham


 

 

Jumlah dagangan yang tinggi tidak semestinya memberi gambaran bahawa harga saham syarikat tersenarai tersebut akan mengalami proses kenaikan. Ini kerana saham-saham syarikat yang jatuh juga boleh berada di dalam gelanggang saham-saham aktif. Ia memberi gambaran bahawa penjualan lebih banyak dari pembelian.

 



Maka persoalan tentang adakah jika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2 (PKP2) bakal merancakkan kembali pasaran saham sepertimana PKP1 dahulu, jawapannya perlu dihubungkaitkan dengan faktor-faktor penawaran dan permintaan, sentimen pasaran, penyertaan pelabur domestik dan luar negeri tidak terkecuali hal-ehwal politik dalam negara.

 


Hal-ehwal politik dalam negara agak penting untuk menarik pelabur asing  melabur di negara ini kerana kestabilan politik amat penting untuk perkembangan dan kemajuan sesebuah negara. Kita tidak mahu sistem pentadbiran dan undang-undang negara sentiasa berubah-ubah disebabkan kekerapan perubahan pucuk pimpinan kerajaan.

 

 

 

cikgusaham

 

 

 

Sama ada pasaran saham akan kembali aktif seperti sewaktu PKP1, pada pendapat peribadi Cikgu Saham kemungkinan tidak berlaku.

 

Tetapi masyarakat masih mempunyai peluang untuk menjana keuntungan secara pasif sebagai satu alternatif pelaburan yang memberikan pulangan pelaburan yang baik berbanding dengan instrumen pelaburan yang lain memandangkan pasaran saham masih mampu memberikan ROI sehingga ribuan peratus.

 



Cikgu Saham juga memberikan pandangan yang positif kepada pasaran saham Bursa Malaysia untuk tempoh dua tahun akan datang.

 


Pelabur perlu mendapatkan bimbingan dan nasihat pelaburan yang betul dari individu-individu yang berkelayakan dan bertauliah dalam urusan beli dan jual saham. - DagangNews.com

 

 

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. And yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan hubungi talian 017-3084787.

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

Portfolio Tags