Uzma terima kontrak bernilai RM68.1 juta daripada Sabah Shell | DagangNews Skip to main content

Uzma terima kontrak bernilai RM68.1 juta daripada Sabah Shell

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Mac - Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya, Malaysian Energy Chemical & Services Sdn. Bhd. menerima dua surat anugerah (LOA) daripada Sabah Shell Petroleum Company Limited bagi penyediaan pengeluaran bersepadu dan kimia integriti serta perkhidmatan berkaitan untuk Malikai Peringkat 1 dan Gumusut Kakap.

 

Kontrak selama tiga tahun yang akan berakhir pada 2026 itu bernilai RM68.1 juta.

 

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu akan membekalkan pengeluaran bersepadu dan integriti kimia dan perkhidmatan berkaitan.

 

"Kontrak tersebut tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat kerana tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat itu.

 

"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya sehingga tamat kontrak masing-masing," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Tiada pengarah atau pemegang saham utama atau orang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham kumpulan itu mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak di dalam kontrak itu. - DagangNews.com