Pilih kerajaan mesra ESG untuk kemakmuran negara | DagangNews Skip to main content

Pilih kerajaan mesra ESG untuk kemakmuran negara

oleh Datuk Azrin Mohd Noor

SAYA ingin menjunjung tinggi saranan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober, yang seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

 

Tindakan Perdana Menteri menunjukkan bahawa pemimpin negara kita prihatin terhadap kehendak Rakyat di mana pilihan raya sedikit sebanyak dapat menangani kemelut politik semasa dan menyediakan kestabilan yang amat diperlukan untuk negara.

 

Pengumuman pembubaran Parlimen secara langsung mengakhiri spekulasi dan kebimbangan mengadakan pilihan raya semasa musim tengkujuh.

 

Negara ini telah mengadakan 12 pilihan raya kecil dan empat pilihan raya negeri sejak PRU yang telah dijalankan pada 9 Mei 2018. Apa yang rakyat perlukan ialah persekitaran politik yang stabil untuk mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar, di samping kenaikan kos sara hidup dan kemerosotan nilai ringgit.


 

SPR

 


Rakyat Malaysia perlukan kerajaan yang mementingkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip kelestarian dan tadbir urus yang kukuh.

 

ESG bukan sekadar kata semata-mata. Penumpuan terhadap ESG akan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan mencapai kemakmuran ekonomi serta keteguhan negara.

 

Justeru, negara akan dapat menarik pelabur asing untuk melabur dana mereka di negara kita yang meneruskan agenda ESGnya.

 

Korporat Malaysia inginkan kerajaan yang menjadi pemboleh ESG supaya negara kita dapat menghasilkan penambahbaikan yang diperlukan secara lestari.

 

Di Sedania, kami melabur dalam kelestarian tenaga masa depan pelanggan korporat kami dengan membiayai dan menggunakan penyelesaian kecekapan tenaga dan sistem tenaga boleh diperbaharui yang sehingga kini telah menjimatkan lebih 66 gigawatt-jam dan RM30 juta dalam kos tenaga pelanggan, yang juga bersamaan dengan penanaman lebih 950,000 pokok.

 

Bagi konsumer, kami menawarkan produk penjagaan kesihatan pencegahan yang mengurangkan pelepasan karbon melalui pemilihan bahan mesra alam dan bahan
terbiodegradasi.

 

Perniagaan teras Sedania iaitu “Sustainable Energy” dan “Sustainable Healthcare” (Offspring) tetap kukuh dan tidak dipengaruhi oleh PRU15 kerana peningkatan penggunaan tenaga dan peningkatan kadar kelahiran tidak akan terjejas oleh faktor politik.

 

Perniagaan teras kami berdedikasi ke arah meningkatkan kehidupan secara lestari dan menangani isu perubahan iklim yang berterusan dengan mengurangkan jejak karbon.

 

Tenaga adalah sumber kehidupan, tanpa mengira isu politik. Permintaan global untuk tenaga bersih akan kekal kukuh manakala ciri-ciri produk Offspring kami yang berasaskan mesra alam selaras dengan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat tentang perubahan iklim.


 

sedania

 


Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, model perniagaan ESG kami berada dalam kedudukan strategik untuk mencapai pertumbuhan yang kukuh kerana kelestarian kekal berkembang di Malaysia dan dunia.

 

Dengan ini, kami akan menyokong kerajaan baharu yang berhasrat untuk terus memacu agenda kelestarian. Ia adalah falsafah yang kami tekankan dan kami berharap kerajaan yang dipilih memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap agenda ESG bagi memelihara kepentingan dan masa depan keluarga, masyarakat dan negara kita.

 

Jadi, marilah kita mengundi kerajaan yang berkebolehan and bertanggungjawab supaya kepentingan anak dan cucu kita akan terus terpelihara. - DagangNews.com
 


Datuk Azrin Mohd Noor adalah Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat tersenarai awam Sedania Innovator Berhad