Skip to main content

Pengurus Sentral REIT lupus 39% kepentingan kepada MRCB

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 6 Okt - Quill Resources Holding Sdn. Bhd. (QRH) melupuskan 39% kepentingan dalam pengurus Sentral REIT, Sentral REIT Management Sdn. Bhd. (SRM) kepada Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB).

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Sentral REIT berkata, QRH dan MRCB memeterai perjanjian penjualan saham pada 4 Oktober 2022 untuk melupuskan pegangan itu membabitkan 390,000 saham biasa dalam SRM.

 

“Menurut Bab 4.02(8) buku panduan pelesenan, Suruhanjaya Sekuriti (SC), cadangan perubahan dalam struktur pegangan saham dalam SRM akan tertakluk kepada kelulusan SC,” katanya dalam makluman itu hari ini.

 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan jumlah yang akan dibayar MRCB dalam pengambilalihan 39% kepentingan QRH itu.

 

Berdasarkan laman web Sentral REIT, pemegang saham SRM terdiri daripada MRCB yang memiliki 41% kepentingan diikuti QRH (39%) dan Global Jejaka Sdn Bhd. (20%).

 

Sentral REIT memiliki dan melabur dalam aset hartanah komersial yang menghasilkan pendapatan berkualiti yang digunakan terutamanya untuk operasi runcit dan pejabat. 

 

Portfolio aset hartanahnya menunjukkan ia memiliki sembilan aset terletak di Lembah Klang, Cyberjaya dan Pulau Pinang. - DagangNews.com