Paramount Corporation diunjur capai sasaran jualan bagi FY22 didorong pelancaran projek baharu pada 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

Paramount Corporation diunjur capai sasaran jualan bagi FY22 didorong pelancaran projek baharu pada 4QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Nov - Paramount Corporation Berhad diunjurkan mampu mencapai sasaran jualan bagi FY22 selepas mengambil kira majoriti projek baharu mereka akan dilancarkan pada 4QFY22.

 

TA Research berkata, bagi 9MFY22, kumpulan itu hanya melancarkan projek hartanah bernilai RM291 juta melibatkan Bukit Bayan (nilai pembangunan kasar (GDV) RM93 juta) dan Arinna Kemuning Utama (GDV RM198 juta).

 

Kataya, pada November 2022 kumpulan itu melancarkan Sejati Lakeside 2 di Cyberjaya dengan GDV RM191 juta dan The Atera di Pataling Jaya (GDV RM534 juta).

 

"Walaupun hasil jualan hartanah bagi 9MFY22 merangkumi 69% daripada sasaran kumpulan, kami yakin sasaran tahun penuh boleh dicapai.

 

"Kumpulan itu melengkapkan jualan DJ Campus dengan harga RM60 juta pada Oktober 2022 manakala jualan baki ekuit sebanyak 20% untuk pernigaan pendidikan pra universiti sebanyak RM120 juta akan lengkap pada hujung 2022. 

 

"Daripada hasil RM180 juta, RM85 juta akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman manakala RM74.6 juta diperuntukkan untuk pengagihan dividen khas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu melaporkan untung bersih yang dinormalisasi kepada pemegang ekuiti biasa sebanyak RM26.3 juta pada 9MFY22, yang menyumbang 59% daripada unjuran tahun penuh.

 

Keputusan itu dilihat selaras dengan jangkaan dengan firma itu menjangkakan prestasi 4QFY22 akan lebih kukuh disebabkan peningkatan dalam aktiviti pembinaan dan pengurangan dalam pengagihan kepada pemegang sekuriti hutang swasta disebabkan oleh penebusan pada September 2022.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasara (TP) tidak berubah 78 sen sesaham. - DagangNews.com