Marketing Genius anjuran Richworks 26-27 November 2022 dedahkan konsep 3M | DagangNews Skip to main content

Marketing Genius anjuran Richworks 26-27 November 2022 dedahkan konsep 3M

Datuk Wira Dr Azizan Osman

KUALA LUMPUR 25 Nov - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menganjurkan sesi Marketing Genius, yang menjadi permulaan kepada perjalanan usahawan memahami konsep 3M mengenai aspek pemasaran dengan lebih jelas yang bakal berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam pada 26 hingga 27 November 2022.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWork, Radz Mohd berkata, sesi selama dua hari itu merupakan sebahagian perjalanan program Millionaire Marketing Masterclass (MMM) anjuran RichWorks.

 

“MMM merupakan program selama tiga bulan mengandungi kelas bersemuka dan online yang mana pada akhirnya peserta akan mendapat sijil tamat bimbingan dari RichWorks.

 

“Bukan itu saja, mereka berpeluang ikuti sesi istimewa bersama mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman setiap minggu,” katanya.

 

Tambahnya, program itu dianjurkan sebagai persediaan untuk usahawan meningkatkan jualan meskipun dalam tempoh yang dijangka lebih mencabar tahun depan.

 

“Usahawan akan lebih jelas dan faham mengenai 3M iaitu market, message dan medium yang menjadi asas penting dalam pemasaran.

 

“Mereka bakal didedahkan dengan panduan dan stategi pemasaran terkini dalam platform digital dan tradisional sepanjang tempoh tiga bulan nanti,” jelasnya.

 

Sehubungan itu, Radz mengajak bangsa usahawan yang berdepan dengan isu-isu terutama dalam aspek pemasaran untuk menyertai MMM.

 

Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/masterclass. - DagangNews.com