Kecekapan tenaga cara terbaik untuk industri mengurangkan kos dan pelepasan karbon sekarang | DagangNews Skip to main content

Kecekapan tenaga cara terbaik untuk industri mengurangkan kos dan pelepasan karbon sekarang

Laporan bebas menonjolkan 10 tindakan bagi membantu pengguna industri meningkatkan kecekapan tenaga mereka pada masa ini

KETIKA perniagaan di serata dunia berdepan tekanan luar biasa daripada kos tenaga dan perubahan iklim yang mendesak, laporan baharu Energy Efficiency Movement menunjukkan peningkatan kecekapan tenaga adalah cara yang paling cepat dan berkesan bagi sesebuah perniagaan untuk mengurangkan kos tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

 

Energy Efficiency Movement adalah sebuah forum sedunia yang memberi ruang kepada 200 pertubuhan untuk berkongsi idea, amalan terbaik serta komitmen untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih cekap tenaga.

 

Laporan “Industrial energy efficiency playbook” yang diterbitkan baru-baru ini mengandungi 10 tindakan yang boleh diambil segera oleh sesebuah perniagaan untuk meningkatkan kecekapan tenaga, menjimatkan kos tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon. Ia memberi tumpuan pada penyelesaian teknologi yang sudah teruji dan tersedia yang akan memberikan hasil dan pulangan pelaburan yang cepat, serta boleh digunakan mengikut skala.

 

“Kecekapan tenaga menguntungkan semua pihak, bagi syarikat dan iklim,” kata Kevin Lake, pengarah kanan program kecekapan tenaga di International Energy Agency (IEA). “Ketika industri perlu menangani isu perubahan iklim dari segenap segi — seperti meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, melabur dalam proses yang rendah karbon dan membangunkan model perniagaan kitaran — kecekapan tenaga menonjol sebagai peluang berfokuskan perniagaan dengan prospek jangka sederhana terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kesemua 10 tindakan yang terkandung dalam laporan ini diketahui sumber yang kos efektif dan boleh digunakan mengikut skala dengan segera bagi membantu syarikat-syarikat mengubah cita-cita iklim mereka menjadi tindakan.”

 

Industri adalah pengguna terbesar elektrik, gas asli dan arang batu dunia, menurut IEA. Penggunaannya merangkumi sehingga 42 peratus daripada permintaan keseluruhan elektrik, bersamaan lebih daripada 34 exajoule tenaga. 

 

Industri besi, keluli, kimia dan petrokimia adalah pengguna tenaga paling besar dalam kalangan lima negara utama pengguna tenaga — China, Amerika Syarikat, India, Rusia dan Jepun. Penggunaan tenaga ini menambah kos yang tinggi di tengah persekitaran semasa yang inflasi. Ia juga menyumbang kepada sembilan gigaton CO2, bersamaan sehingga 45 peratus daripada keseluruhan pelepasan langsung daripada sektor pengguna akhir pada 2021, menurut IEA.

 

Badan-badan yang diwawancara untuk laporan ini termasuk ABB, Alfa Laval, Kumpulan DHL, IEA, Microsoft dan ETH Zürich, institut teknologi awam di Switzerland. Cadangan mereka antaranya termasuk menjalankan audit tenaga sampailah kepada membetulkan saiz mesin industri, yang selalunya terlalu besar untuk kerja yang dilakukan sehingga menyebabkan pembaziran tenaga.

 

Memindahkan data daripada pelayan di tempat ke storan awan membantu men-jimatkan lebih kurang 90 peratus daripada tenaga yang dipakai oleh sistem IT.

 

Mempercepatkan peralihan daripada bahan api fosil dengan mengelektrikkan armada industri, menukar dandang gas kepada pam haba atau menggunakan penukar haba yang terselenggara dengan baik juga boleh meningkatkan kecekapan.

 

Tindakan lanjut termasuk memasang sensor dan memantau tenaga digital pada masa nyata untuk mengenal pasti ke-hadiran apa yang disebut sebagai “aset hantu” yang menggunakan tenaga dalam keadaan bersedia, tidak seperti kem-baran digital yang boleh menjana tindakan yang cekap menjejaskan pengeluaran.

 

Penggunaan penyelesaian bangunan pintar untuk mengawal sistem tenaga, pencahayaan, pembidaian serta pemanasan, pengudaraan dan pendingin hawa (HVAC) juga akan menjimatkan tenaga pada kemudahan-kemudahan industri.

 

Cadangan-cadangan lain termasuk memasang pemacu pelbagai kelajuan yang boleh meningkatkan kecekapan tenaga sistem bermotor sehingga 30 peratus, yang menjimatkan kos dan mengurangkan pelepasan serta-merta.

 

Jika lebih daripada 300 juta sistem bermotor industri elektrik yang sedang beroperasi digantikan dengan motor berkecekapan tinggi yang optimum, penggunaan elektrik dunia akan dapat dikurangkan sehingga 10 peratus.

 

“Ada penyelesaian kecekapan tenaga yang tersedia yang boleh membantu industri mengurangkan perubahan iklim dan merangsang kos tenaga tanpa menjejaskan prestasi dan produktiviti,” kata Tarak Mehta, presiden, Motion Business Area di ABB.

 

“Dengan kemajuan teknologi terkini dalam kecekapan tenaga, potensi industri untuk bertambah baik menjadi signifikan dan tersedia. Oleh itu, daripada memadamkan lampu dan menghentikan pengeluaran untuk menjimatkan kos, laporan baharu yang penting ini menjelaskan langkah-langkah praktikal yang boleh diambil oleh para eksekutif untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan kos mereka sementara meneruskan operasi seperti biasa.”

 

Pemimpin-pemimpin perniagaan serta pakar-pakar yang mahu tahu lebih lanjut usaha-usaha untuk mengurangkan kos tenaga dan pelepasan karbon dijemput untuk menyertai satu sidang khas panel yang meneroka dengan mendalam peluang-peluang yang dibentang dalam laporan ini serta bagaimana untuk mengambil manfaatnya.

 

Sidang itu akan berlangsung pada 4pm waktu Eropah Tengah/ 10am Timur pada Selasa, 13 Disember. Sesi perbincangan itu akan tersedia sebagai video atas permintaan selepas majlis. Daftar di sini.

 

ABB ialah peneraju teknologi dalam elektrifikasi dan automasi, yang merintis masa depan yang lebih lestari dan cekap sumber. Penyelesaian syarikat ini menggabungkan pengetahuan kejuruteraan dan perisian untuk mengoptimumkan bagaimana benda-benda dihasilkan, dipindah, dikuasai dan beroperasi. Dengan kecemerlangan lebih 130 tahun, kira-kira 105,000 kakitangan ABB komited untuk menjana inovasi yang memacu perubahan industri. 

 

The Energy Efficiency Movement adalah sebuah usaha yang menyatukan pemegang taruh yang sealiran fikiran untuk berinovasi dan bertindak demi sebuah dunia yang lebih cekap tenaga. Pergerakan ini dilancarkan oleh ABB pada 2021.

 

Setakat ini ia mendapat maklum balas positif daripada serata industri, dengan kira-kira 200 syarikat sudah menyertainya sehingga November 2022. - DagangNews.com