KUALA LUMPUR 6 Julai - Permintaan dan bekalan yang tidak seimbang di Resort World Genting (RWG) menjadi antara punca pendapatan Genting Malaysia Berhad terjejas pada 1QFY22.
ISTANBUL 6 Julai - Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi.
KUALA LUMPUR 6 Julai - Perbadanan Nasional Malaysia (Pernas) akan tampil dengan program televisyen baharu dikenali sebagai ‘Francais 3i : Impian. Inspirasi. Inovasi’ yang memaparkan kisah serta pengalaman usahawan dalam industri francais, bermula malam ini.
KUALA LUMPUR 6 Julai - CEKD Bhd telah memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan Tham Choon Sarn untuk pengambilalihan 82% pegangan dalam Worldwide Die Cutting Mould Sdn Bhd pada harga RM6.23 juta.
ISTANBUL 6 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye yang dimiliki sepenuhnya serta diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
ISTANBUL 6 Julai - Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.