MBSB Bank, PTPTN lancar e-dompet untuk transaksi simpanan dan bayaran balik pinjaman
KUALA LUMPUR 6 Okt - MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjalin kerjasama strategik untuk menyediakan kemudahan transaksi digital untuk para pelanggan membuat simpanan dan bayaran balik pinjaman menerusi e-dompet MBSB.






