KUALA LUMPUR 7 Okt - Pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) bagi pemasangan luar negara (CBU) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024 bagi menggalakkan penggunaan EV di negara ini.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyifatkan pembentangan Bajet 2023 sebagai langkah tepat ke arah pencapaian Luar Bandar Sejahtera yang digariskan kementerian itu.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan menggesa lebih banyak entiti menyumbang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang diwujudkan dengan mandat bagi penjanaan sumber pendapatan berterusan untuk faedah negara serta generasi akan datang.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai dan menarik pelaburan langsung asing.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kredit e-dompet sebanyak RM100 akan diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula.