Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Karnival Jamin Kerja sempena Jelajah AKM Melaka pada 14 hingga 16 Oktober 2022
MELAKA 12 Okt - Lebih 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan pada Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka sempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 14 hingga 16 Oktober ini.






