Hanya 54% menara telco siap dibina, mungkin jejaskan sasaran liputan 5G menjelang akhir tahun ini
KUALA LUMPUR 19 Okt - Liputan 5G dijangka terjejas ekoran kelewatan kelulusan pembinaan tapak menara telekomunikasi (telco) meskipun sebanyak 1,915 tapak sudah siap dibina dengan liputan sehingga 33.2% setakat suku ketiga 2022, demikian menurut RHB Investment Bank.






