KFC tawar promosi istimewa dua Kombo Snack Plate hanya RM20 sehari sahaja pada 20 Oktober 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KFC tawar promosi istimewa dua Kombo Snack Plate hanya RM20 sehari sahaja pada 20 Oktober 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Okt - Eksklusif untuk sehari sahaja pada 20 Oktober 2022, KFC menawarkan diskaun menarik menu popularnya, Kombo Snack Plate berharga hanya RM20 sahaja.

 

Suatu tawaran yang sukar untuk dilepaskan, para pelanggan akan menikmati dua set Kombo Snack Plate (harga normal RM16.99/kombo) yang dihidangkan bersama 2 ketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy, kentang putar, coleslaw dan roti butterscotch dalam setiap kombo. 

 

Minuman adalah tidak termasuk dalam promo ini.

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, promo ini adalah salah satu bentuk ‘terima kasih’ kami kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan dan sokongan kuat mereka. 

 

"Terima kasih kepada para peminat, kami berjaya mengharungi cabaran pandemik dan ingin menunjukkan penghargaan kami melalui promo ini. Kami kekal komited untuk memastikan harga berpatutan selaras dengan nilai dan kualiti tanpa kompromi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tambahnya lagi, para pelanggan berhak mendapat ayam goreng berkualiti tinggi untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari menyeluruh. 

 

"Melalui polisi 'Rasa Berkualiti Terjamin', pelanggan boleh menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian," katanya.

 

Tawaran RM20 untuk 2 Kombo Snack Plate boleh didapati di restoran KFC seluruh negara melalui makan-di-restoran, bawa pulang, dan pandu lalu, sementara stok masih ada. 

 

Untuk maklumat lanjut, muat turn aplikasi KFC serba baharu atau layari www.KFC.com.my. - DagangNews.com